1. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk.
Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang
kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.
2. Menghilangkan Tahi Lalat
Asalammualaikum, Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang
telah dikisar, sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan
2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. Amalkannya selalu,
Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang
mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!
3. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang
berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada
bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.
4. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa
dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik
daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening
pada setiap malam.
5. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka.
Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut
kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali
seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,
berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.
6. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya,
jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh
menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan
ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh
muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka
akan beransur hilang. Amalkanlah selalu... ..
7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian
bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3
kali dan baca selawat.
8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti
sejuk..cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.
9. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan
malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.
10. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah.
Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah
kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan
insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.
11. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan
merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan
air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam
sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk
melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir
anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu.
12. Memerahkan Bibir
Saya ada masalah tentang bibir saya yang hitam seolah-olah
merokok. Ia tidak seimbang dengan kulit saya yang kuning langsat.
Bagaimana untuk saya merahkan bibir saya secara semulajadi dan
jika ada petua tradisional, adakah ia mengambil masa yang lama?
Saya juga tidak suka memakai lipstik.
13. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja... ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus
(hitam). Dengan menggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/
asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan
bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya
sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak
anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua
ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening
cantik dan hitam. Selamat mencuba.
14. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
a. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali
dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya’Allah
wajah akan kelihatan berseri-seri.
b. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air
dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.
15. Mencantikkan Kulit Muka
Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
a. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
b. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan
basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan
sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat
dan menegangkan kulit muka yang kendur.
16. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada
pencemaran) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di
bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.
Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.
17. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda
kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di
kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintikbintik
hitam akan beransur hilang... tapi kena rajin mengamalkannya...
Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.
18. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur... minum air masak @ air kosong 3 gelas
sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap
untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada
tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya
telah mencubanya.
19. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan,
gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari
bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak
3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2.
Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah
cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.
20. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampakmuda walaupun usia sudah
mencecah sehingga 35 tahun. Petuanya mudah sahaja,apabila
bangun dari tidur, (jangan gosok gigi) minum segelas air suam
beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih
kelihatan muda .
21. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat
dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi
khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya
selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak
masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.
22. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah
petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap
kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air
suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan
muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.
23. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada
muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi
seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di
atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering
Kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka
apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu
terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan
sakali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan
kulit akan putih dan lembut.
24. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.
Amalan memakan Ulam-Ulam yang segar dan Buah-buahan
tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan
kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya
maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga
selama beberapa Minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga
memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat
mencuba petua ini.
25. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak
tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di
indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini
berkesan dan sampaikan kepada orang lain
26. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan
sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah, lakukan
berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.
27. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur
bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai
dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan
jerawat pun hilang.
28. Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik
kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka
anda.
Selamat Mencuba....
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?