Untuk makluman semua blog ini telah melangkah maju kehadapan sedikit dan telah berpindah ke sebuah blog baru saya Akuchey Dot Com. Seperti kebanyakan blogger, memiliki domain sendiri merupakan idaman hati. Jadi berkarya diatas satu medium yang lebih besar memerlukan lebih banyak pengorbanan kerana perlu sentiasa konsisten supaya mencapai hasil seperti yang dikehendaki.
Sebenarnya menulis dimana-mana pun adalah sama namun yang penting keinginan untuk menulis tu ada dan berjaya menarik minat orang ramai untuk membaca tulisan kita. Dan yang paling utama apakah tujuan kita menulis blog? Ini yang utama, adakah kita hanya suka-sukan atau mempunyai misi tertentu seperti mengasah bakat menulis atau pun cuba untuk mencari ruang bagi menambahkan pendapatan. Jadi saya cuba untuk melangkah maju sedikit iaitu untuk berkongsi maklumat , mencari kenalan dan sedikit sebanyak berkinginan untuk mencari sumber pendapatan tambahan.
Saya harap pengunjung blog ini dapat terus memberi kerjsama dengan mengunjungi blog saya akuchey Dot Com dan meninggalkan komen dan feedback. Blog akuchey dot com sebuah blog campur aduk juga namun fokus lebih kepada journey saya dalam dunia blogging. Diselang seli dengan isu-isu semasa, isu kesihatan, kehidupan, keagamaan, teknologi dan sebagainya.
Fokus saya pada tahun 2011 ini adalah untuk terus bertungkus lumus mencapai impian saya iaitu berjaya sebagai blogger dan internet marketer. Saya melihat potensi dunia blogging ini sangat besar dan akan terus berkembang, jadi saya teruskan apa yang saya telah lakukan dan cuba untuk maju setapak demi setapak.
Jangan lupa kunjungi blog baru saya Akuchey Dot Com dan dont forget untuk follow serta LIKE fan page Akuchey Dot Com. Bye.Wassalam.
Gempa bumi di Jepun Jumaat baru ini merupakan sebuah tragedi yang dasyat. Menurut penganalisis kejadian gempa dan tsunami kali merupakan bencana era moden yang berlaku di lokasi yang baru di Jepun. Gempa 8.9 dan diikuti dengan tsunami, menyebabkan kota Sendai Jepun mengalami kerosakan teruk dan membunuh ratusan nyawa setakat ini serta hampir 88,000 orang hilang.
Menurut Dispatch PBB, gempa bumi di Jepun jauh lebih besar daripada yang melanda Haiti Januari lalu. Gempa ini berukuran 8,8, sementara Haiti 7.2. Namun Haiti mempunyai angka kematian dan kerosakan yang jauh lebih besar kepada negaranya.
Insiden Haiti adalah gempa paling dahsyat beberapa tahun terakhir ini. Namun, tsunami paling dahsyat ketika melanda Lautan Hindi pada hujung tahun 2004 yang menyebabkan gempa 9.1 dan membunuh lebih daripada 200,000 orang.Baru-baru ini New Zealand juga mengalami gempa bumi yang sederhana. Pulau itu digegarkan dengan getaran 7.1 pada bulan September, dan hanya mengalami gempa susulan 6.3.
Gempa bumi dan tsunami telah melanda dunia sejak zaman dahulu lagi, dan akan terus menyebabkan malapetaka besar sampai akhir zaman. Secara teknikal, kejadian ini tidak kerap berlaku namun kesannya amat dasyat. Tragedi tsunami di Lautan Hindi mengejutkan dunia, begitu juga bencana Haiti tahun lalu. Sekarang gempa di Jepun ini adalah yang terbaru dan adakah ini memberi kita petanda dunia menuju kehancuran.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua saudara-mara,sahabat handai dan pembaca blog. Moga kalian semua beroleh kejayaan dalam tahun 2011. Azam saya pada tahun ini untuk berusaha dengan gigih lagi bagi memajukan blog saya:hahaah. Harapan terbesar adalah untuk memastikan Malaysia terus makmur.




