Sunday

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM...

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan
Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu
mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi
menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna,
walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana
bakat fikiran yang pintar cerdas ada
padanya. Dia mempunyai keinginan yang
baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka
mengakui kesalahannya. lbubapanya
perlu mendidiknya bagi menghilangkan
tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di
kemudian hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk
kepentingan dirinya, selalunya ianya
akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan
mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga.
Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif dirinya termasuklah kurang
sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak
tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah,
buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah
mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya
itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang
tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan
menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang
lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau
keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi bila dia tahu dia benar,
pendiriannnya keras dan tidak mahu
mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya
perlu mendidiknya dengan baik agar
terserlah sifat-sifatnya yang baik
itu, kerana jika betul didikannya,
masa dewasa ia akan menyenangkan kedua
orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal.
lbu bapanya patut mendidiknya dengan
baik agar dia dapat menerapkan nilai-
nilai yang baik. Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri dan
bersikap tidak tahu menahu. Ini agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil.
Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan
sentosa.

SYA'ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat
dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa
hingga semua orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya dalam
segala kerjayanya danmudah mendapat
rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya
selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini membahayakan hidupnya,
oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya dengan betul bagi
menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah
kerana perangai keras hatinya, dan dia
selalu bergaduh terutamanya dalam hal
mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara
baik pada dirinya berubah menjadi
buruk. Dia banyak berfikir, kerana
sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat hasil yang baik dalam
kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang
kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang
yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika
baik terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu
berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh
kerana dia tidak dapat memberikan
garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk
perbuatannya. Dia seringkali menyesal
kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?