Sunday

Blog ini telah berpindah ke Akuchey Dot Com

Untuk makluman semua blog ini telah melangkah maju kehadapan sedikit dan telah berpindah ke sebuah blog baru saya Akuchey Dot Com. Seperti kebanyakan blogger, memiliki domain sendiri merupakan idaman hati. Jadi berkarya diatas satu medium yang lebih besar memerlukan lebih banyak pengorbanan kerana perlu sentiasa konsisten supaya mencapai hasil seperti yang dikehendaki.

Sebenarnya menulis dimana-mana pun adalah sama namun yang penting keinginan untuk menulis tu ada dan berjaya menarik minat orang ramai untuk membaca tulisan kita.  Dan yang paling utama apakah tujuan kita menulis blog? Ini yang utama, adakah kita hanya suka-sukan atau mempunyai misi tertentu seperti mengasah bakat menulis atau pun cuba untuk mencari ruang bagi menambahkan pendapatan. Jadi saya cuba untuk melangkah maju sedikit iaitu untuk berkongsi maklumat , mencari kenalan dan sedikit sebanyak berkinginan untuk mencari sumber pendapatan tambahan.

Saya harap pengunjung blog ini dapat terus memberi kerjsama dengan mengunjungi blog saya akuchey Dot Com dan meninggalkan komen dan feedback. Blog akuchey dot com sebuah blog campur aduk juga namun fokus lebih kepada journey saya dalam dunia blogging. Diselang seli dengan isu-isu semasa, isu kesihatan, kehidupan, keagamaan, teknologi dan sebagainya.

Fokus saya pada tahun 2011 ini adalah untuk terus bertungkus lumus mencapai impian saya iaitu berjaya sebagai blogger dan internet marketer. Saya melihat potensi dunia blogging ini sangat besar dan akan terus berkembang, jadi saya teruskan apa yang saya telah lakukan dan cuba untuk maju setapak demi setapak.

Jangan lupa kunjungi blog baru saya Akuchey Dot Com dan dont forget untuk follow serta LIKE fan page Akuchey Dot Com. Bye.Wassalam.












Saturday

Gempa Bumi Di Jepun


Gempa bumi di Jepun Jumaat baru ini merupakan sebuah tragedi yang dasyat. Menurut penganalisis kejadian gempa dan tsunami kali merupakan bencana era moden yang berlaku di lokasi yang baru di Jepun. Gempa 8.9 dan diikuti dengan tsunami, menyebabkan kota Sendai Jepun mengalami kerosakan teruk dan membunuh ratusan nyawa setakat ini serta hampir 88,000 orang hilang.

Menurut Dispatch PBB, gempa bumi di Jepun jauh lebih besar daripada yang melanda Haiti Januari lalu. Gempa ini berukuran 8,8, sementara Haiti 7.2. Namun Haiti mempunyai angka kematian dan kerosakan yang jauh lebih besar kepada negaranya.

Insiden Haiti adalah gempa paling dahsyat beberapa tahun terakhir ini. Namun, tsunami paling dahsyat ketika melanda Lautan Hindi pada hujung tahun 2004 yang menyebabkan gempa 9.1 dan  membunuh lebih daripada 200,000 orang.Baru-baru ini New Zealand juga mengalami gempa bumi yang sederhana. Pulau itu digegarkan dengan getaran 7.1 pada bulan September, dan hanya mengalami gempa susulan 6.3.

Gempa bumi dan tsunami telah melanda dunia sejak zaman dahulu lagi, dan akan terus menyebabkan malapetaka besar sampai akhir zaman. Secara teknikal, kejadian ini tidak kerap berlaku namun kesannya amat dasyat. Tragedi tsunami di Lautan Hindi mengejutkan dunia, begitu juga bencana Haiti tahun lalu. Sekarang gempa di Jepun ini adalah yang terbaru dan  adakah ini memberi kita petanda dunia menuju kehancuran.

Tuesday

Selamat Tahun Baharu 2011


Tahun telah 2011 bakal menjelma ini bermakna bermulalah sejarah baru tapi kita tidak seharusnya meninggal yang lama kerana ianya sejarah yang perlu kita toleh semula untuk maju ke hadapan.1 Januari merupakan tahun baru mengikut kalendar masihi yang digunakan secara global adalah berasal dari kalendar Gregorian yang menggunakan putaran matahari bagi penentuan tarikh. Manakala bulan Islam menggunakan bulan sebagai penanda permulaan bulan.Didalam bulan Islam setiap bulan terdapat 29 atau 30 hari dan mempunyai 365 hari setahun.Manakala dalan calendar Gregorian pula setia bulan mempunyai 30 atau 31 hari dan mempunyai 365 hari setahun.Kalendar ini juga diasaskan seminggu selepas kelahiran Nabi Isa iaitu 25 Disember.Kaledar Gregorian ini telah diubahsuai daripada calendar Julian atau asalnya kalendar ROM.Ia merupakan cadangan Aloysius Lilius dan diterima oleh Pope Gregory XIII dimana asalnya nama Gregorian pada 24 Februari 1582 AD.Istilah AD ini adalah perkataan latin Anno Domini yang bermaksud dalam tangan tuhan,kadangkala dipanggil CE atau Common Era/Christian Era.Zaman sebelum masihi dipanggil Before Christ (BC).Terdapat beberapa tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu 1 Muharram,12 Rabiul Awal,27 Rejab,bulan Ramadan,10 terakhir Ramadan,27 Ramadan,1 Syawal,9 Zulhijjah dan 10 Zulhijjah.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua saudara-mara,sahabat handai dan pembaca blog. Moga kalian semua beroleh kejayaan dalam tahun 2011. Azam saya pada tahun ini untuk berusaha dengan gigih lagi bagi memajukan blog saya:hahaah. Harapan terbesar adalah untuk memastikan Malaysia terus makmur.

Wednesday

Jom tonton The Social Network!

Anda pernah dengar Facebook? Tidak mungkin anda tidak mempunyai akaun Facebook ketika ini.Kalau nak tau asal usul Facebook, jom kita tonton filem The Social Network 2 Disember 2010 ini di panggung berhampiran. The Social Network diadaptasi dari sebuah buku tulisan Ben Mezrich "The Accidental Billionaire". Sebuah filem memaparkan bagaimana lahirnya laman media popular masakini Facebook yang kini mempunyai hampir 500 juta pengguna. Apa yang menarik tentang filem ini? Filem ini mengisahkan bagaimana seorang pelajar Harvard University, Zuckerberg (lakonan Jesse Eisenberg) yang genius dalam bidang komputer. Beliau gemar membina laman web yang akhirnya wujud Facebook. Filem ini bukan sahaja mengisahkan bagaimana wujud Facebook tetapi bagaimana Mark Zuckerberg menghadapi cabaran sebagai seorang genius dan ingin menonjolkan kecerdikan kepada dunia.Dalam membangunkan Facebook beliau menghadapi pelbagai cabaran antaranya disaman oleh co-founder sendiri dan tuduhan sebagai pencuri idea orang. Dengan kecekalan dan semangat untuk melihat Facebook menjadi rangkaian sosial popular, Zuckerberg akhirnya terus kekal sehingga hari ini. Aku begitu tertarik dengan tagline "Kamu tidak akan mendapat 500 juta rakan tanpa mempunyai beberapa orang musuh!". Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Rata-rata laman web movie review memberi maklumbalas yang positif mengenai filem ini. Jom kita pi panggung untuk tonton filem ini ramai-ramai! Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma, sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Social Network". Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 2 Disember 2010!