Showing posts with label earthquake. Show all posts
Showing posts with label earthquake. Show all posts

Saturday

Gempa Bumi Di Jepun


Gempa bumi di Jepun Jumaat baru ini merupakan sebuah tragedi yang dasyat. Menurut penganalisis kejadian gempa dan tsunami kali merupakan bencana era moden yang berlaku di lokasi yang baru di Jepun. Gempa 8.9 dan diikuti dengan tsunami, menyebabkan kota Sendai Jepun mengalami kerosakan teruk dan membunuh ratusan nyawa setakat ini serta hampir 88,000 orang hilang.

Menurut Dispatch PBB, gempa bumi di Jepun jauh lebih besar daripada yang melanda Haiti Januari lalu. Gempa ini berukuran 8,8, sementara Haiti 7.2. Namun Haiti mempunyai angka kematian dan kerosakan yang jauh lebih besar kepada negaranya.

Insiden Haiti adalah gempa paling dahsyat beberapa tahun terakhir ini. Namun, tsunami paling dahsyat ketika melanda Lautan Hindi pada hujung tahun 2004 yang menyebabkan gempa 9.1 dan  membunuh lebih daripada 200,000 orang.Baru-baru ini New Zealand juga mengalami gempa bumi yang sederhana. Pulau itu digegarkan dengan getaran 7.1 pada bulan September, dan hanya mengalami gempa susulan 6.3.

Gempa bumi dan tsunami telah melanda dunia sejak zaman dahulu lagi, dan akan terus menyebabkan malapetaka besar sampai akhir zaman. Secara teknikal, kejadian ini tidak kerap berlaku namun kesannya amat dasyat. Tragedi tsunami di Lautan Hindi mengejutkan dunia, begitu juga bencana Haiti tahun lalu. Sekarang gempa di Jepun ini adalah yang terbaru dan  adakah ini memberi kita petanda dunia menuju kehancuran.