Wednesday
Disebalik Lirik dan Lagu-Lagu Maher Zain?
Terpesona dengan muzik dan instrumen, Maher Zain mendapat keyboard pertamanya ketika berusia 10 tahun dan sejak itu muzik telah menjadi sebahagian dari hidupnya. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher Zain berusia 8 tahun, disitu dia bersekolah, dan kemudiannya masuk universiti serta mendapat ijazah sarjana dalam bidang Aeronautical Engineering. Dengan pelbagai hal berlaku disekitarnya, passion Maher Zain terhadap muzik tidak pernah berubah. Dia menghabiskan malam dengan rakan-rakannya di mana mereka akan menyanyi,menulis dan bereksperimen dengan pelbagai jenis muzik. Setelah terlibat untuk sementara sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan kepada RedOne, penerbit muzik yang berbakat di Sweden. Maher Zain mula bekerja dengan RedOne dan kemudiannya dia berpindah ke New York. Selama beberapa tahun dia berada didalam industri muzik US, bekerjasama dengan ramai artis terkenal seperti Kat DeLuna untuk album pertamanya termasuk 'Whine up' dan 'Main Show'. Maher Zain memiliki apa yang diimpikan dalam pekerjaan bagi seseorang yang masih muda, tetapi bagi Maher Zain keadaan itu jauh dari apa yang dia mimpikan,dia terlalu mencintai muzik, tapi dalam masa yang sama dia membenci sesuatu yang dikelilingi, dia selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Pada bulan Januari 2009, Maher Zain memutuskan untuk membuat sebuah album sendiri yang mencerminkan identiti dirinya -seorang berketurunan Arab, menetap di Barat dan mengamalkan ajaran Islam- dan akhirnya Maher Zain tandatangan kontrak dengan Awakening Records yang mengeluarkan album pertama Maher Zain "Thank You Allah" yang berjaya mencapai hits no.1 di Amazon’s World Music Charts dan nombor 9 carta lagu R&B. Bulan Januari 2010, dalam pertandingan muzik yang dianjurkan oleh Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir) lagu 'Ya Nabi Salam Alayka' telah dipilih sebagai lagu terbaik untuk tahun 2009. Maher Zain berentap dengan nama-nama besar seperti Hussein Aljismi, Mohammed Mounir dan Sami Yusuf. Maher Zain telah tampil di konsert di Algeria, Australia, Belgium, Kanada, Mesir, Inggeris, Perancis, Belanda, Sweden, AS dan melakukan siri jelajah di Asia seperti Malaysia dan Brunei. Maher Zain dikatakan
bakal menjadi 'the next superstar muzik Islam'.
Album: Thank You Allah
Release: October 30, 2009
Label: Awakening Worldwide Ltd.
1. Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
2. Always Be There
3. Always Be There (French Version)
4. Awaken
5. Baraka Allahu Lakuma
6. For the Rest of My Life
7. Hold My Hand
8. Incha Allah (French Version)
9. Insha Allah
10. Inshallah (Arabic Version)
11. Open Your Eyes
12. Palestine Will Be Free
13. Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
14. Thank You Allah
15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus)
16. The Chosen One
17. Toujours Proche (French Version)
18. Ya Nabi Salam Alayka (Arabic Version)
19. Ya Nabi Salam Alayka
Anda boleh mendengar lagu-lagu dan menonton video klip Maher Zain secara percuma di blog ini MaherZain.Blogspot.Com. Jangan lupa beli album yang original!
Monday
Saya nak DETOX FOOT PAD percuma dari HAZMANFADZIL.COM
Benda apa DETOX FOOT PAD tu? Sebenarnya sebelum ini dah ada ramai rakan-rakan Facebook dok promote produk DETOX FOOT PAD tapi aku buat dek ja. Sebab dia main spam ja kat wall aku. Mula-mula aku ingat teh uncang.Haha. Dengar perkataan Detox ja aku terbayang nak buang toksin dalam badan ni. Kata orang toksin sememangnya dah banyak dalam badan kita sebab dari pengambilan makanan, pengunaan produk kosmetik, merokok, menghidu asap kenderaan dan pengambilan berbagai ubat. Maka terkumpullah segala toksin dalam badan.
Toksin kalau dah terkumpul dalam boleh memberi bahaya kepada kita silap-silap haribulan boleh arwah.Sampai tahap tu ka? Hoho takdak orang mati kerana toksin pun. Itu saja jer.Tapi tak boleh dibiarkan juga badan kita dipenuhi dengan toksin. Pengumpulan toksin dalam badan ni dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan dan yang paling teruk boleh mengakibatkan penyakit kanker.
Pernah juga aku ambil pelbagai supplement kononnya nak buang toksin. Pastu semua supplement mesti claims dapat membuang toksin dalam badan. Kalau badan mula peluh dan gatal selepas ambil supplement tu, itu maknanya toksin dah keluarla tu. Macam tu ka? Sebenarnya nak buang toksin dalam badan ni tak payah makan supplement pun kalau rajin exercise. Dengan exercise bukan sahaja keluar peluh malah boleh menurunkan berat badan dan secara tak langsung menghasilkan tubuh badan yang sihat.
Cakap pasal DETOX FOOT PAD, sebenarnya satu bro di HAZMANFADZIL.COM nak bagi free. Itu yang aku tak lepaskan peluang tu. Elok juga detoxification badan ni sebab dapat buang segala toksin dalam badan ni. Dah la exercise setahun sekali, itupun masa ada acara menari poco-poco. Lagipun aku tengah sakit kepala dan lemah-lemah badan ni. Ada orang cakap badan lemah dan sakit kepala sebab toksin banyak dalam badan. Betulka? Betulker HAZMANFADZIL.COM nak bagi free DETOX FOOT PAD ni?
p/s- taknak bagi tubuh bertoksin, kita boleh mula amalkan penggunaan produk berasaskan organik dan mengamalkan makan bawang merah dan bawang putih.

Thursday
Tempah Proton Inspira Sekarang!
Kira dulu pinjaman nak beli Proton Inspira ni..
Harga : RM 95,000.00 (full spec)
Kadar faedah : 4.00% boleh nego dapat 3.7%.
Campur tolak : RM 95,000 X 4.00% X 9 Tahun(ambik paling lama lho)
Faedahnya : RM 34,200.00
Harga asal + faedahnya : RM 129,200.
Ansuran bulanan : RM 1,196.00 ni kalau tak bayar downpayment la. Huhuh tak lepas gak.........
p/s- tunggu Proton rebadges BMW jadi model Proton baru 2011 selepas ni baru aku beli.
Friday
Proton Waja Berwajah Baru Dilancar November 2010
Baru sahaja terbaca berita di Sinar Harian dimana Proton Waja 2010 dikatakan dilancarkan pada bulan November 2010. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh la mula pergi bertanya di kedai-kedai Proton dan boleh buat tempahan .
Waja berwajah baru dilancar November ini
Menurutnya, model berkenaan juga hasil daripada maklum balas pelanggan yang menggunakan Waja sebelum ini. “Kita lihat mereka mahu sesuatu lebih daripada Waja yang sedia ada dan model itu didatangkan dengan enjin baru serta semua peralatan baru, jadi pelanggan harus menunggu ianya dilancarkan secara rasmi akhir tahun ini,” katanya.
Ditanya mengenai harga bagi model berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata, harganya melebihi harga Waja sedia ada. “Namun ianya berbaloi kerana pengguna akan dapat menikmati sepenuhnya harga berkenaan dengan memilikinya,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Proton di Shah Alam, semalam.
Selain itu, Syed Zainal Abidin berkata, Proton kini dalam proses membangunkan kenderaan hybric dan elektrik. “Bersesuaian dengan standard persekitaran di pasaran kenderaan global, kenderaan ini mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju di negara Asia Selatan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, bagi tahun kewangan 2009/2010 yang berakhir pada 31 Mac lalu, sebanyak 26 peratus peningkatan menjadikannya RM8226.9 juta berbanding tahun sebelumnya RM6518.7 juta. “Kejayaan berkenaan disokong oleh beberapa faktor antaranya pemulihan ekonomi, peningkatan jualan kenderaan tiga model utama iaitu Saga, Persona dan Exora, margin keuntungan yang lebih baik dan sebagainya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Posts (Atom)