Sunday

Apa itu HIV/AIDS

Tahukah anda apa itu HIV/AIDS

Jumlah mereka yang hidup dengan HIV/AIDS pada tahun 2005 adalah 36.7-45.3 juta termasuk dewasa dan kanak-kanak dsekuruh dunia .

Pada tahun 2005 juga mereka yang dijangkiti HIV adalah 4.9 juta

3.1 juta mereka yang mati kerana HIV pada tahun 2005.

Di Malaysia; Disember 2005 terdapat 70,559 kes yang dilaporkan.

70,559 mereka yang hidup dengan HIV/AIDS

10,663 orang yang telah dijangkiti AIDS

8,179 orang telah meninggal kerana HIV/AIDS

51,300 antara mereka adalah orang Melayu atau 7 daripada 10.

26,191 adalah orang muda13-29 tahun

5,214 adalah wanita

HIV di Malaysia

Tahun 2005

6,120 jangkitan HIV baru

1221 di peringkat AIDS

984 kematian akibat AIDS

HIV/AIDS dikesan pada 1986 dengan 4 kes pertama

1996 naik kepada 4597 atau 12 kes sehari

2005 6120 atau 20 kes sehari

Fakta HIV

HIV-Human Immunodeficiency Virus

-hanya mengjangkiti manusia tidak berjangkit pada haiwan

-retrovirus yang menyerang daya ketahanan badan manusia dan memusnahkannya

-boleh dikesan dengan ujian antibody

-virus paling banyak terdapat dalam air mani,darah dan bendalir faraj

-seseorang pesakit HIV akan boleh hidup 10-15 tahun atau lebih lama

Bagaimana ia merebak!

HIV hanya hidup didalam tubuh manusia yang hidup sahaja

Hubungan seks tidak selamat

Anak yang lahir dari ibu yang dijangkiti HIV

Berkongsi jarum yang cemari

Ia tidak dijangkiti dengan cara lain

Bagaimana dikesan

Melalui ujian antibody bukan mengesan virus HIV ia mengesan kadar antibody dalam badan

Tempoh jendela iaitu tempoh antibodi tidak dapat dikesan walaupun telah dijangkiti.Biasanya ia mengambil 12 minggu untuk dikesan dalam darah.

Tanda-tanda dijangkiti

Kehilangan berat badan

Cirit-birit

Sentiasa letih

Demam berpanjangan

Berpeluh ada waktu malam

Batuk berterusan

Ruam kulit

kalenjar bengkak

tetapi setengah individu adalah asimptomatik-iaitu tiada tanda sehingga bertahun-tahun menyebabkan mereka tidak sedar dijangkiti HIV.

Penyakit berkaitan HIV

TB,masalah kulit,lelah,dalam mulut ada luka,kayap.

Adakah boleh sembuh?

Setakat ini tidak boleh disembuhkan.

Pesakit diberi rawatan gabungan beberapa ubat ia dikenali HAART-terapi antivirus sangat aktif.

Manakal ubat hanya bantu untuk seseorang itu hidup lebih lama sahaja.

Ini kerana virus HIV sentiasa bermutasi dan ia berubah menjadi resistance dengan ubat yang diambil.

Apa itu CD4

CD4 adalah sel darah putih.Setiap rawatan akan mengukur kadar CD4 didalam badan bagi menentukan ketahanan badan dan keperluan ubat.

-1000-1200 CD4 untuk orang normal.

Setiap hari jumlah sel akan menurun.

-200 CD4 adalah AIDS.Dayatahan badan telah musnah.

AIDS-Acquired Immune Defiency Syndrome

Kurang daya tahan penyakit

Boleh dirawat sekiranya diberi rawatan awal dan mematuhi segala arahan doctor.Penting juga tidak meneruskan gaya hidup berisiko.Pada peringkat ini pelbagai penyakit akan menyerang pesakit.

Paling sukar sekali ialah menanggani stigma masyarakat terhadap pesakit HIV/AIDS.

Bagaimana mengelakkan dari dijangkiti HIV/AIDS adalah semudah ABCD

A-Abisterance(jangan buat seks berisiko)

B-Be Faithful

C-Condom

D-Drug

Maklumat lanjut sila hubungi Majlis AIDS Malaysia (MAM)

Tel:03-4045 1033

Atau layari: http://www.mac.org.my/

2 comments:

  1. thanx chey cause of this.support our hiv/aids patient is big resposble.may god bless you..drop by anytime for tea!Iskandar.

    ReplyDelete
  2. thankayu chey...as a hiv sick i m happy that u know my concern on what.pray for me to cure.

    ReplyDelete

Apa kata anda?