Sunday

Panduan Membeli Saham

Mahu membeli saham
Ada beberapa jenis saham tetapi untuk beli saham diperdagangkan di Bursa Malaysia
Buka akaun CDS di syarikat sekuriti –yuran yang dikenakan kecil sahaja.
Pilih saham mana yang hendak dibeli.buat kajian sikit tentang syarikat dan aliran saham tersebut jangan terpengaruh dengan berita ataupun cakap-cakap orang.
Hubungi syariakt berkenaan,tempahan saham boleh dibuat melaui telefon,internet,faks dan sebagainya.
Apa itu T + 3?
Apabila tempahan saham dibuat,broker akan memasukkan harga cadangan kita.wang tidak perlu dibayar sehingga saham diperdagangkan selama 3 hari.Apabila masuk hari ke-4,pembayaran perlu dibuat termasuk caj-caj yang dikenakan oleh syarikat broker tersebut.Biasanya antara 3% dari jumlah nilai saham yang dibeli.Cth RM 1000 caj dikenakan RM 30.00.Kita juga boleh menjual saham sebelum hari ke-3.
Simpan saham tersebut sehingga hendak dijual.Biasanya kita akan diberi satu salinan sijil berupa slip penyata tentang maklumat saham kita. Sekiranya bercadang hendak menjual saham tersebut hubungi syarikat broker berkenaan untuk membuat transaksi.Wang akan dibayar melalu akaun bank kita.
Tip membeli saham.
Sentiasa pantau pergerakkan saham syarikat yang dibeli samada melalui suratkhabar atau internet.Di internet terdapat pergerakkan realtime saham di Bursa Malaysia seperti yang terdapat di thestar online bahagian saham.Ianya percuma sahaja.
Jangan terpengaruh dengan saham yang mendadak naik harganya.Kemungkinan waktu kita mula membeli adalah waktu orang lain mula menjual.

Jangan terpengaruh dengan saham spekulasi.ini kerana terdapat sindiket tertentu yang mungkin bermain dengan harga saham tersebut.
Sekiranya kita ingin bermain secara pro and kontra sedialah duit banyak-banyak dan bersedia menjadi orang yang sibuk memantau harga.Ini kerana saham-saham yang diperdagangkan bergerak tidak menentu.
Indeks komposit menjadi penanda aras kedudukan saham di bursa Malaysia.Cth indeks komposit berada di bawah 1000 mata mungkin menunjuk kedudukan kebanyakkan kaunter adalah lemah,banyak rugi,dan jumlah volum diperdangankan juga kurang.
Jadilah investor jangan jadi speculator!investor adalah mereka yang membeli saham kerana nilai saham syarikat tersebut dan jangkaan pulangan dalam masa yang panjang.Biasanya melibatkan sedikit kajian tentang syarikat.
Speculator merupakan mereka yang membeli saham apabila harga saham tersebut naik sahaja.Mula menjual apabila saham tersebut jatuh.
Apa itu Bear and Bull?
Bear merupakan waktu saham menurun
Bull adalah waktu saham menaik.
Bear and bull adalah salah satu cara menentukan masa pembelian.

Membeli saham adalah melibatkan teknik,emosi,pengaruh politik,cuaca,dunia,khabar angin.
Cthnya berlaku rusuhan dalam negara atau bencana alam boleh menyebabkan saham-saham banyak jatuh.
Atau berita baik sesuatu syarikat juga boleh mempengaruhi volume pembelian syarikat berkenaan.
Khabar angin juga memainkan peranan dalam menentukan volume saham.
Sebab itu orang main saham sentiasa duduk tak diam tambahan pula bermain secara speculator.

Membeli saham IPO.
Ini saham baru diapung ke Bursa Malaysia.Biasanya orang ramai tertarik nak membeli saham nie sebab nanti hari peertama diperdangkan mungkin harganya melaonjak.

2 comments:

Apa kata anda?