Monday

Tips Langsingkan Badan

 Ingin kekalkan kelangsingan badan atau turunkan berat badan.Sila ikuti tips ini..


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga
kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula
membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda
tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih
banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda
telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi
rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang
sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini
menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak
bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim
dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan
penghadaman.

3. MINUM 10 HINGGA 12 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan
membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh.
Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik
untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.
Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda
menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang
disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan
sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil
sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan
mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi
menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar
metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana
apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar
isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan
kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. BIAR MAKAN KERAP DENGAN KUANTITI YANG SEDIKIT

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya
sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. KUNYAH GULA-GULA GETAH
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah
gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di
mulut akan membantutkan selera anda.

11. KURANGKAN PENGAMBILAN MAJERIN & BUTTER
Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau
boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MINUM AIR LIMAU NIPIS ATAU JUS OREN
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau
jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak.
Mintalah minuman yang kurang gula.

13. MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin,
mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. JANGAN TIMBANG BERAT BADAN
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan
nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda
timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan
berputus asa untuk berdiet

15. AMBIL MAKAN BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar
kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan
penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin
banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral
dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses
penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda
makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh
membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah
beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana
anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada
yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus
dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan
anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam
jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada
untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan
tubuh badan.


19. MEREBUS, MEMANGGANG ATAU MENGUKUS MASAKAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam
makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus
untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak
haiwan.

20. GUNAKAN PIRING RATA

Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan
piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian
baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya
sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan
dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab,
makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda
habiskan!

21. BERJALAN-JALAN SEKETIKA
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalanjalan
sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian
kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori
akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua
ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA KETIKA KENYANG
Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat
berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa
perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan.
Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan
sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali
jika memang benar-benar memerlukannya.

23. HULA HOOP
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi
lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti
untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki
perut lebih kecil dan cantik.

24. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula
mengandungi 32 kilokalori.

25. BEBERAPA AKTIVITI FIZIKAL YANG MUDAH UNTUK LANGSING
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki
tidak melecet dan sihat.
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik
tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan
menaiki lif.
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan
nafas yang dalam.
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendisendi
yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran
darah.
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh
yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


Selamat Mencuba.Heehhee.

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?