1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis
yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari,
setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk,
masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air
minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah
meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.
2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan
campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu
meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik
dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar
lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak
segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman,
selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap
hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.
4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah
dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.
5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba
petua berikut : Ambil 5 halia bara (Halia Cina), 10 biji lada hitam, 30
ekor ikan bilis.Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan
makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari
sewaktu dalam pantang.
6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba
petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang
telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga
sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan
kering sehingga pagi.
7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau
nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari
kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut
anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang
tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba.
8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur
dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap
malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.
Selamat Mencuba.Mana tahu mungkin menjadi.
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?