Friday

Sejadah ‘berdiri’ di Permatang Pauh



Sepasang suami isteri di Taman Hj Mohd Amin,Permatang Pauh,Pulau Pinang terkejut apabila sejadah di rumah mereka tiba-tiba sahaja ‘berdiri’.Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, kedua-dua berusia 26 tahun, sedar kejadian ganjil ini sekitar 9.30 malam 1 Oktober dan sejadah itu masih dalam keadaan berdiri sehingga selepas sembahyang Jumaat tengahari tadi. Mohamad Shuhaimi berkata sejadah tersebut adalah hantaran kahwinnya dan digunakan sejak 3 tahun lalu. Sebelum kejadian,menurut  Mohamad Shuhaimi dia berselisih faham mengenai arah kiblat dengan isterinya.Sebelum ini mereka tak pernah selisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan mula menjadi pertikaian semalam apabila mendapati  arah kiblat rumah mereka berbeza dengan arah kiblat masjid berhampiran iaitu Masjid Batu dan Masjid Papan.

 Semasa kejadian Mohamad Shuhaimi sedang memandikan anak perempuan, isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik dimana sejadah itu ‘berdiri’. Mohamad Shuhaimi telah menghamparkan sejadah itu di bilik  sebelum mandikan anaknya dan tiba-tiba isterinya panggil menunjukkan sejadah itu sedang ‘berdiri’.Kejadian ini menyebabkan ramai orang mengunjungi rumah mereka untuk menyaksikan sendiri kejadian pelik ini. Menurut cerita-cerita orang sekitar,terdapat segelintir orang mengambil kesempatan untuk menjadikan kejadian sejadah 'berdiri' ini sebagai tujuan perubatan.Sejadah ini juga tidak berhenti berdiri selagi tidak disentuh,dan menyebabkan mereka terpaksa memanggil orang-orang di Jabatan Agama Islam untuk menghentikannya .



Tmn Haji Mohd Amin,Permatang Pauh-sebelah Uitm,Pulau Pinang


View Larger Map

1 comment:

  1. masyallah...sejadah berdiri ni slalu jadi..menujukkan dia pun mahkluk Allah

    ReplyDelete

Apa kata anda?