Friday

Proton Waja Berwajah Baru Dilancar November 2010


Baru sahaja terbaca berita di Sinar Harian dimana Proton Waja 2010 dikatakan dilancarkan pada bulan November 2010. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh la mula pergi bertanya di kedai-kedai Proton dan boleh buat tempahan .



Waja berwajah baru dilancar November ini


Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) bakal melancarkan wajah baru bagi Waja pada November ini. Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, wajah baru Waja adalah hasil kerjasama dengan Mitsubishi Motor . “Pada masa ini, model baru Waja berkenaan sudah di peringkat pandu uji dan dijangka akan menarik lebih ramai pembeli,” katanya.
Menurutnya, model berkenaan juga hasil daripada maklum balas pelanggan yang menggunakan Waja sebelum ini. “Kita lihat mereka mahu sesuatu lebih daripada Waja yang sedia ada dan model itu didatangkan dengan enjin baru serta semua peralatan baru, jadi pelanggan harus menunggu ianya dilancarkan secara rasmi akhir tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai harga bagi model berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata, harganya melebihi harga Waja sedia ada. “Namun ianya berbaloi kerana pengguna akan dapat menikmati sepenuhnya harga berkenaan dengan memilikinya,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Proton di Shah Alam, semalam.
Selain itu, Syed Zainal Abidin berkata, Proton kini dalam proses membangunkan kenderaan hybric dan elektrik. “Bersesuaian dengan standard persekitaran di pasaran kenderaan global, kenderaan ini mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju di negara Asia Selatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, bagi tahun kewangan 2009/2010 yang berakhir pada 31 Mac lalu, sebanyak 26 peratus peningkatan menjadikannya RM8226.9 juta berbanding tahun sebelumnya RM6518.7 juta. “Kejayaan berkenaan disokong oleh beberapa faktor antaranya pemulihan ekonomi, peningkatan jualan kenderaan tiga model utama iaitu Saga, Persona dan Exora, margin keuntungan yang lebih baik dan sebagainya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian


No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?