Thursday

Tempah Proton Inspira Sekarang!


Proton dah buka tempahan untuk Proton Inspira 2010 hari ini. Ramai jugak orang menyerbu kedai Proton tapi aku tak sempat masuk sebab tengah sibuk lagipun keretanya belum ada kat showroom. Semua tengok pamplet jer la. Nama Proton Inspira rasanya datang dari nama Inspirasi, sedap juga namanya tapi masih tak nenunjukkan ciri-ciri nama Kemalaysiaan. Anyway tahniah la kepada Saiful Yazan Nasir dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Proton sebab menang peraduan memberikan nama baru model ni. Proton Inspira dikeluarkan dengan 2 enjin 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) dan siap ada CVT (Continuously Variable Transmission) atau penghantaran berubah berterusan serta mod gear manual 6 speed NVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System) atau sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi. Harganya berapa? RM79,888 hingga RM95,000. Huhuhu ingat ke RM 50K jer, kalau tak boleh gak aku tempah. Warna boleh la pilih nak merah, putih, hitam atau silver. Kalau tempah sekarang elok la, deposit pun RM 1000.00 jer dan Proton siap bagi pakej service percuma lagi untuk 50,000 KM atau 2 tahun bernilai RM 1,658.00. Boleh la free. Kalau tempah sekarang kereta boleh dapat sekitar 31 Disember 2010 dan satu lagi untuk batch sekarang hanya 26 percent ja komponen tempatan selebihnya dari Jepun. Apa yang menarik sangat model baru Proton Inspira ni? Bagi aku kereta Jepun diMalaysiakan dan nak beli Mitsubishi Lancer mahal wooo, pemanduan automatik, lampu automatik,  pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang. Haap-harap takde recall macam Satria Neo dan Gen2. Apa lagi moh le kite!

 Kira dulu pinjaman nak beli Proton Inspira ni..

Harga : RM 95,000.00 (full spec)
Kadar faedah  : 4.00%  boleh nego dapat 3.7%.
Campur tolak : RM 95,000 X 4.00% X 9 Tahun(ambik paling lama lho)
Faedahnya : RM 34,200.00
Harga asal + faedahnya : RM 129,200.
Ansuran bulanan : RM 1,196.00 ni kalau tak bayar downpayment la. Huhuh tak lepas gak.........

p/s- tunggu Proton rebadges BMW jadi model Proton baru 2011 selepas ni baru aku beli.

9 comments:

  1. cayala chey...sempat lg hg singgah tadi.aku nk tempah tp kena tunggu waja campro abih bayo dulu ler...

    ReplyDelete
  2. bro,

    yg hang kira yg mahai apsal. kira la murahnya baru lepas.heheeh taktik malas nk kira sendir nih thethethe.

    ReplyDelete
  3. tahniah kepada Saiful Yazan Nasir daripada proton...memang nama sebenar yang dipilih adalah inspirasi yang telah dinamakan oleh salah seorang peserta semasa peraduan menamakan proton mpv dahulu..tahniah proton kerana bijak memilih pemenang.........

    ReplyDelete
  4. tunggu naik gaji dulu baru beli...mana tau bajet ni ada kejutan...hahaha

    ReplyDelete
  5. thank for the info.26 percent jer local component. boleh la tempah skang.dapat rasa kualti kreta jepun.

    ReplyDelete
  6. owait jugak beli skrang. keta jepun kalau dah jadi keta malaysia sok body jadi ringan plak.70k ehmmm baik beli Vios.

    ReplyDelete
  7. wow... i'm speachless... neh malaysia ker...???
    sy rase berbangge menjadi rakyatnye...
    huhu... nk bli tapi ta mampu... lalalala~

    ReplyDelete
  8. buat keta mahal2 wat apa... nama ja syarikat malaysia tp jual mahai nk mampos..... lau rakyat malaysia ni smua kaya2 x pa ar.....

    ReplyDelete
  9. 6. puterigunung - klu xde org nk supprot keta malaysia spe lg nk supprot? org jepun? org singapore? sorry la..

    8.anonymous - habis tu ko nk beli lancer? byk duit ko?tu kire ok la dia tolong jgk yg nk beli lancer tp dgn harga murah...klu beli inspira ni untung kot..1st model ni xde la sgt pkai brg malaysia sume...lg power kot.

    ReplyDelete

Apa kata anda?