Wednesday

Jom tonton The Social Network!

Anda pernah dengar Facebook? Tidak mungkin anda tidak mempunyai akaun Facebook ketika ini.Kalau nak tau asal usul Facebook, jom kita tonton filem The Social Network 2 Disember 2010 ini di panggung berhampiran. The Social Network diadaptasi dari sebuah buku tulisan Ben Mezrich "The Accidental Billionaire". Sebuah filem memaparkan bagaimana lahirnya laman media popular masakini Facebook yang kini mempunyai hampir 500 juta pengguna. Apa yang menarik tentang filem ini? Filem ini mengisahkan bagaimana seorang pelajar Harvard University, Zuckerberg (lakonan Jesse Eisenberg) yang genius dalam bidang komputer. Beliau gemar membina laman web yang akhirnya wujud Facebook. Filem ini bukan sahaja mengisahkan bagaimana wujud Facebook tetapi bagaimana Mark Zuckerberg menghadapi cabaran sebagai seorang genius dan ingin menonjolkan kecerdikan kepada dunia.Dalam membangunkan Facebook beliau menghadapi pelbagai cabaran antaranya disaman oleh co-founder sendiri dan tuduhan sebagai pencuri idea orang. Dengan kecekalan dan semangat untuk melihat Facebook menjadi rangkaian sosial popular, Zuckerberg akhirnya terus kekal sehingga hari ini. Aku begitu tertarik dengan tagline "Kamu tidak akan mendapat 500 juta rakan tanpa mempunyai beberapa orang musuh!". Antara pelakon-pelakon terkenal adalah seperti JESSE EISENBERG, ANDREW GARFIELD, JUSTIN TIMBERLAKE, ARMIE HAMMER and JOSH PENCE, dan ramai lagi. Rata-rata laman web movie review memberi maklumbalas yang positif mengenai filem ini. Jom kita pi panggung untuk tonton filem ini ramai-ramai! Untuk keterangan lanjut mengenai filem ini dan bagaimana untuk mendapat tiket-tiket percuma, sila lawati Peraduan Blogger Filem "The Social Network". Filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 2 Disember 2010!

No comments:

Post a Comment

Apa kata anda?