Wednesday

Disebalik Lirik dan Lagu-Lagu Maher Zain?



Terpesona dengan muzik dan instrumen, Maher Zain mendapat keyboard pertamanya ketika berusia 10 tahun dan sejak itu muzik telah menjadi sebahagian dari hidupnya. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher Zain berusia 8 tahun, disitu dia bersekolah, dan kemudiannya masuk universiti serta mendapat ijazah sarjana dalam bidang Aeronautical Engineering. Dengan pelbagai hal berlaku disekitarnya, passion Maher Zain terhadap muzik tidak pernah berubah. Dia menghabiskan malam dengan rakan-rakannya di mana mereka akan menyanyi,menulis dan bereksperimen dengan pelbagai jenis muzik. Setelah terlibat untuk sementara sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan kepada RedOne, penerbit muzik yang berbakat di Sweden. Maher Zain mula bekerja dengan RedOne dan kemudiannya dia berpindah ke New York. Selama beberapa tahun dia berada didalam industri muzik US, bekerjasama dengan ramai artis terkenal seperti Kat DeLuna untuk album pertamanya termasuk 'Whine up' dan 'Main Show'. Maher Zain memiliki apa yang diimpikan dalam pekerjaan bagi seseorang yang masih muda, tetapi bagi Maher Zain keadaan itu jauh dari apa yang dia mimpikan,dia terlalu mencintai  muzik, tapi dalam masa yang sama dia membenci sesuatu yang dikelilingi, dia selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Pada bulan Januari 2009, Maher Zain memutuskan untuk membuat sebuah album sendiri yang mencerminkan identiti dirinya -seorang berketurunan Arab, menetap di Barat dan mengamalkan ajaran Islam- dan akhirnya Maher Zain tandatangan kontrak dengan Awakening Records yang mengeluarkan album pertama Maher Zain  "Thank You Allah" yang berjaya mencapai hits no.1 di Amazon’s World Music Charts  dan nombor 9 carta lagu R&B. Bulan Januari 2010, dalam pertandingan muzik yang dianjurkan oleh Nujoom FM (stesen radio terbesar Mesir) lagu 'Ya Nabi Salam Alayka' telah dipilih sebagai lagu terbaik untuk tahun 2009. Maher Zain berentap dengan nama-nama besar seperti Hussein Aljismi, Mohammed Mounir dan Sami Yusuf. Maher Zain telah tampil di konsert di Algeria, Australia, Belgium, Kanada, Mesir, Inggeris, Perancis, Belanda, Sweden, AS dan melakukan siri jelajah di Asia seperti Malaysia dan Brunei. Maher Zain dikatakan
bakal menjadi 'the next superstar muzik Islam'.

Album: Thank You Allah
Release: October 30, 2009
Label: Awakening Worldwide Ltd.

   1. Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
   2. Always Be There
   3. Always Be There (French Version)
   4. Awaken
   5. Baraka Allahu Lakuma
   6. For the Rest of My Life
   7. Hold My Hand
   8. Incha Allah (French Version)
   9. Insha Allah
  10. Inshallah (Arabic Version)
  11. Open Your Eyes
  12. Palestine Will Be Free
  13. Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
  14. Thank You Allah
  15. Thank You Allah (Acoustic Version – Bonus)
  16. The Chosen One
  17. Toujours Proche (French Version)
  18. Ya Nabi Salam Alayka (Arabic Version)
  19. Ya Nabi Salam Alayka

Anda boleh mendengar lagu-lagu dan menonton video klip Maher Zain secara percuma di blog ini MaherZain.Blogspot.Com. Jangan lupa beli album yang original!

2 comments:

  1. thank fr the info. i like his song very much. very fresh and full of meaning.

    ReplyDelete

Apa kata anda?