Saturday

Petua Kesihatan

Setiap penyakit ada ubatnya,kecuali mati sahaja.Setiap tumbuhan didunia ini dijadikan dengan khasiatnya dan tujuan.Sekiranya anda masih lagi mempunyai minat terhadap cara yang dianggap tradisional ini anda boleh mencuba petua-petua yang diberikan.Kebayakan ubat-ubatan moden juga merupakan hasil ekstrak daripada tumbuhan dan herba-herba.Apa kata kita ambil terus khasiat tumbuhan dan herba ini kepada kita tanpa kos yang tinggi.Buat dan tawakkal sahaja mudahan-mudahan menjadi.
Petua
Hilangkan kelumumur
Dapatkan 3 biji buah limau nipis dan dihiriskan halus.Kemudian rendamkan di dalam air panas selama beberapa minit dan ambil air tersebut gunakan untuk membilas rambut.Kemudian bersihkan rambut seperti biasa.Limau ini bukan dapat melegakan gatal kelumur ianya juga mewangikan rambut dan mengilatkan lagi rambut kita.

Kulit melecur
Jika kulit anda terkena minyak atau benda panas yang tidak begitu serius,buih sabun dapat digunakan untuk menghilangkan rasa sakit kesan lecur tersebut.Sapukan buih sabun ke bahagian tersebut seberapa kerap ,insyaallah ianya boleh mengurangkan rasa sakit. p/s ataupun anda boleh sapu sahaja dengan ubat luka apa-apa lagi cepat.
Cirit- birit
Jika anda terkena serangan cirit birit,pucuk jambu batu dapat membantu anda.Rebuskan pucuk tersebut sehingga selama beberapa minit dan minum airnya.Anda boleh minum beberapa kali untuk melegakan sakit perut tadi.Walaupun agak kelat tapi berkhasiat.Jika malas hendak rebus, kunyah sahaja terus pucuk tersebut .Jika berlarutan pergi ke klinik la,takut terkena serangan taun pulak.
Elakkan kaki melecet.
Jika anda pakai kasut tanpa stokin,ianya boleh memberikan kesan melecet pada kaki.Jika tak mahu kaki melecet anda boleh sapukan lilin disekeliling tepi di sebelah dalam kasut tu,lilin ini membantu daripada kkaki anda terkena terus dengan kulit kasut tersebut.Tapi risikonya kasut anda akan berlilin la selepas tu.

Batuk dan lelah
Jika anda batuk ataupun lelah,boleh ambilkan 2-3 biji bawang putih ,kemudian bakar sampai kuning,jangan sampai hangus pulak.Makan bawang putih ini secara mentah ,amalkan beberapa kali ,insyaallah batuk dan lelah anda tu akan berkurangan.Jika batuk atau lelah yang agak kritikal tu kena check- up dulu la takut tibi pulak.

Kurap
Dapatkan sedikit lengkuas muda kemudian tumbuk sehingga halus.Campur sedikit dengan asam jawa dan gaulkan .Letakkan pada kurap tersebut.Amalkan setiap hari sehingga kurap hilang.Ia membantu menghalau kurap tersebut dari badan anda.P/s belila ubat kurap.

4 comments:

  1. petua seks takdak ker akuchey

    ReplyDelete
  2. Asslamualaikum.saudara,saya sedang mencari dan mengumpul petua2 perubatan melayu untuk menyiapkan eebook saya,so bolehkan saya mencedok sekit daripada patua2 saudara sebagai bahan rujukan saya.bersama berkongsi ilmu.sekian terimakasih

    ReplyDelete

Apa kata anda?