Wednesday

Kad Ucapan Hari Raya Percuma Dari Ku

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung blog ini. yang tidak putus-putus melawat walaupun tiada apa yang menarik pun. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kekhilafan didalam penulisan atau terkasar bahasa. Maklumla tulisan caca marba.Kepada tuan punya grafik dan sumber tulisan asal yang saya ambil secara sengaja dengan diubah atau tidak diubah sedikitpun, saya ingin memohon jutaan ampun maaf. Sempena bulan yang mulia ini marilah kita bermaaf-maafan semoga kita sentiasa berada didalam lindungan Maha Pencipta dan mendapat keberkatan amalan di bulan Ramadan.Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Dan Batin.

SMS Hari Raya
malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. 

Sumber: budiey.com

Pantun Raya
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

 sumber: istimewa2u 

2 comments:

  1. Lucky Club Casino site for Free - Lucky Club Live
    Lucky Club Casino is a new online casino that offers over 700 games 카지노사이트luckclub from more than 200 software providers. It is operated by the  Rating: 3.7 · ‎27 votes

    ReplyDelete

Apa kata anda?