Monday

Saya nak DETOX FOOT PAD percuma dari HAZMANFADZIL.COM

Benda apa DETOX FOOT PAD tu? Sebenarnya sebelum ini dah ada ramai rakan-rakan Facebook dok promote produk DETOX FOOT PAD tapi aku buat dek ja. Sebab dia main spam ja kat wall aku. Mula-mula aku ingat teh uncang.Haha. Dengar perkataan Detox ja aku terbayang nak buang toksin dalam badan ni. Kata orang toksin sememangnya dah banyak dalam badan kita sebab dari pengambilan makanan, pengunaan produk kosmetik, merokok, menghidu asap kenderaan dan pengambilan berbagai ubat. Maka terkumpullah segala toksin dalam badan.

Toksin kalau dah terkumpul dalam boleh memberi bahaya kepada kita silap-silap haribulan boleh arwah.Sampai tahap tu ka? Hoho takdak orang mati kerana toksin pun. Itu saja jer.Tapi tak boleh dibiarkan juga badan kita dipenuhi dengan toksin. Pengumpulan toksin dalam badan ni dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan dan yang paling teruk boleh mengakibatkan penyakit kanker.

Pernah juga aku ambil pelbagai supplement kononnya nak buang toksin. Pastu semua supplement mesti claims dapat membuang toksin dalam badan. Kalau badan mula peluh dan gatal selepas ambil supplement tu, itu maknanya toksin dah keluarla tu. Macam tu ka? Sebenarnya nak buang toksin dalam badan ni tak payah makan supplement pun kalau rajin exercise. Dengan exercise bukan sahaja keluar peluh malah boleh menurunkan berat badan dan secara tak langsung menghasilkan tubuh badan yang sihat.

Cakap pasal DETOX FOOT PAD, sebenarnya satu bro di HAZMANFADZIL.COM nak bagi free. Itu yang aku tak lepaskan peluang tu. Elok juga detoxification badan ni sebab dapat buang segala toksin dalam badan ni. Dah la exercise setahun sekali, itupun masa ada acara menari poco-poco. Lagipun aku tengah sakit kepala dan lemah-lemah badan ni. Ada orang cakap badan lemah dan sakit kepala sebab toksin banyak dalam badan. Betulka? Betulker HAZMANFADZIL.COM nak bagi free DETOX FOOT PAD ni?
 
p/s- taknak bagi tubuh bertoksin, kita boleh mula amalkan penggunaan produk berasaskan organik dan mengamalkan makan bawang merah dan bawang putih.

1 comment:

Apa kata anda?